sesuatu yg bagus yg aku nak share ngan u all
>(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
>Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
>terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia
>dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian
>terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang
>yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
>naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
>(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
>Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
>nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan
>nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa
>membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya
>dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
>rohaninya.
>
>(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
>Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,
>nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan
>membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
>ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
>dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya
>Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
>terhitung banyaknya.
>Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan
>meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
>para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk
>sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang
>lain :
>Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan
>membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota
>nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal
>dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
>mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
>nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah
>sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para
>Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
>Syahid.
>Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali,
>nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
>terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
>ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
No comments:
Post a Comment